FISHING FOR LIFE

FISHING FOR LIFE

Khamis, 13 Mac 2014

JEMPUTAN USAHAWAN KE PROGRAM KONGRESS USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/Puan, 


JEMPUTAN USAHAWAN KE PROGRAM KONGRESS USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB) dengan kerjsama Bahagian Pembangunan Keusahawanan (BPU), MITI akan melaksanakan Kongress Usahawan Muda Bumiputera. Program ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2014 (Khamis): 

Tempat    :   MATRADE Exhibition and Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur 
Tarikh      :   27 - 29 Mac 2014. 

3.     Dengan tema 'Ekonomi Satukan Kita', program ini diadakan dengan objektif untuk mengukuhkan pembangunan kapasiti usahawan muda, selaras dengan dasar kerajaan dalam memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera. Sehubungan dengan ini, SME Corp. Malaysia bagi pihak MITI ingin menjemput Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/Puan bagi menghadiri program tersebut. 

4.     Antara pengisian program yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan muda adalah penghasilan Roadmap usahawan muda, pengumuman program Quick Win tajaan Kementerian/Agensi, Showcase dan Pameran serta majlis makan malam bersama YB Menteri MITI. Program Quick Win adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada usahawan muda mengenai program-program kerajaan yang boleh membantu usahawan secara langsung dalam pembangunan perniagaan. 

5.     Sokongan dan kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan makluman kehadiran selewat-lewatnya 14 Mac 2014 (Jumaat). Emailkan kepada En. Ahmad Syamlie (syamlie@smecorp.gov.my) dan Puan Nur Faruziela Pauzi (nurfaruziela@smecorp.gov.my). Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Ahmad Syamlie di talian 03-2775 6077 dan Puan Nur Faruziela di talian 03-2775 6084. 

Sekian, terima kasih. 


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 
"1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" 



(DATO' HAJI ABDUL GHAFFAR MUSA) 
Pengarah Kanan Pembangunan Keusahawanan 
b.p. Ketua Setiausaha 
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan