FISHING FOR LIFE

FISHING FOR LIFE

Selasa, 29 Disember 2009

PENGALAMANKU....ANTARA TEKONG, PEMANCING & LAUT

Salam hormat, dan Salam 1 Malaysia


Bertemu kembali dengan posting kali ini iaitu sebuah tajuk yang agak kompleks dan subjektif yang selalu berkait rapat antara satu sama lain dalam dunia pancingan laut dalam.Ini adalah kerana ketiga2 perkara ini adalah faktor utama yang sangat penting dalam membawa imbuhan dan pulangan yang lumayan dalam sesebuah trip.Jom kita bincangkan

  • TEKONG

Jurupandu atau juruarah bot (Botman) yang mengendalikan bot atau sampan yang membawa pemancing2 ke destenasi padang pancing tak kiralah laut ataupun tasik.Orang yang diberi mandat oleh pemancing membawa ke lubuk2 ikan dan kawasan ikan yang akan memuaskan hati pemancing.Mereka juga perlu tahu selok belok tentang keadaan laut,pasang surut,cara labuhan yang betul dan yang paling penting mereka perlu pandai membaca GPS & Sonar.

Adakalanya pemancing berasa selalu tertipu dengan sikap segelintir sikap tekong yang tidak mengendahkan aspek2 penting yang di berikan di atas tadi.Tentu sahaja pemancing akan berasa marah setelah beratus ataupun beribu wang ringgit mereka telah dilaburkan demi memenuhi keinginan pemancing tapi hasilnya..KUMPAU!!!!...mana tak hangin satu badan..tekong tangkap muat entah dari mana pengusaha bot kutip..asal tanya jer..diorang bagitau tekong power..sedara mara dia...pegiii!!! dah...labuh pun tak pandai,baca pasang surut pun kantol...hehehe...

Ada juga sikap tekong yang pemalas juga yang membuatkan trip memancing tidak ceria,malas memasak,berkemas ataupun tidak memberikan kerjasama kepada pemancing.Kerjanya labuh entah kat lumpur ke karang pun tak tahu,turun jer sauh lepas tu..TIDOO!!!...mana tak naik darah tinggi pemancing dibuatnya.Itu belum lagi tekong atau awak2 yang mencuri hasil pancingan pemancing..Nauzubillah...

Sepatutnya seorang tekong yang baik akan membawa pemancing ke lubuk yang dikenalpasti pontensinya melalu titik2 kordinat yang mereka simpan dlm GPS,berbincang dengan pemancing tentang lubuk tersebut dan arah labuhan bot mereka,sekiranya tiada hasil dalam jangka masa yang ditetapkan maka lokasi lain akan dituju...baru sedap sikit hati pemancing.Bila dah berlabuh terus memasak utk jamuan tengahari,buatkan air minuman utk pemancing dan menolong pemancing mengancu ikan sekiranya pemancing mendapat ikan yang besar.Sikap kerjasama tekong inilah yang akan membawa hasil yang diharapkan dan membuatkan para pemancing tidak akan beralih kepada tekong yang lain serta memberikan pendapatan tetap kepada tekong2 itu sendiri...Fikirkanlah kebaikkannya...

bot yang baik perlulah ada ciri2 keselamatan dan peralatan pandu arah yang dipercayaitekong juga memainkan peranan sebagi kemudi dan perlulah rajin 

  • PEMANCING

Coustumer sesebuah bot memancing yang lagaknya bagai nak berperang siap dengan peralatan memancing bila nak turun kelaut.Orang yang merasakan mereka itu berkuasa penuh di atas sebuah bot..tak kiralah nak buat apa pun..mereka tak peduli kerana mereka merasakan pelaburan mereka mesti membawa pulangan yang berpatutan.Tak kira lah nak turun masa mana pun mereka tak endahkan entah air besar ke,air kecik ke,laut bergelora ke,ribut ke main lanyak jer..

Perlu diingatkan kejayaan sesebuah trip juga bergantung kepada sikap pemancing itu sendiri..Apa taknya kalau kat darat ni bukan main power lagaknya..semua benda di temberangnya..sampai jer kat labuhan padang pancing terus masuk kabin atas alasan tak sihat badan laa,sakit perut laa..walhanya dia tu mabuk laut hehehe...mana nak dapat ikan..kalau macam ni walaupun berpuluh lokasi labuhan terbaik yang tekong bawa tapi sebatang joran pun tak dihulurkan mcmana nak mendapat ikan yang baik2.

Peralatan juga mememainkan peranan dalam menentukan kejayaan sesebuah trip..ni adakalanya pemancing tidak menitik beratkan peralatan2 yang mereka bawa yang membuatkan terjadinya kekerapan rabut dan putus bila terkena ikan2 yang baik grednya.Sekiranya terkena lubuk ikan merah atau ikan yang datangnya berkawan abis cabut lari sekirang salah seorang pemancing mengambil sikap tak peduli dengan dengan peralatannya.Tak ke rugi namanya..tu yang malas tekong nak bawak lagi...

Sepatutnya seorang pemancing yang baik dan berfikiran positif akan selalu berkomunikasi dengan tekong pilihan mereka tentang lubuk ikan,umpan,cara tangkapan dan sebagainya.Selalulah merujuk kepada tekong yang sedia arif dengan keadaan laut semasa menganjurkan sesebuah trip memancing bukan main langgar jer. Sikap saling membantu dan sporting juga perlu ada dalam diri pemancing bila salah seorang dari rakan kita terkena ikan yang besar,beri laluan kepada mereka dengan menggulung tali pancing kita.Ini tidak, kalau boleh segala peralatan memancing kita nak turunkan...dari peralatan kolam sampailah ke laut dalam..abis penuh birai bot dah macam lidi satey..hahaha..bila member terkena likan besar dah kelam kabut nak gulung..tak ke naya namanya..


peralatan memancing juga menjadi aspek penting dalam sesebuah trip memancingbarisan bot yang menjadi pilihan pemancing

  • LAUT :

Lokasi padang pancing yang dituju oleh tekong dan pemancing dalam memenuhi matlamat mereka.Carilah lokasi yang sesuai bergantung kepada budget kita.Tak perlulahlah sampai bergolok bergadai demi tujuan dan keinginan kita.Tapi sekiranya kewangan kita mengizinkan apasalahnya kita mencuba di padang2 pancing yang agak jauh contoh Sabah,Serawak ataupun di padang pancing di luar negara kita yang kita tahu potensi hasilnya.

Keadaan laut juga memainkan peranan kepada nasib sesebuah trip..pergilah tatkala musim tengkujuh reda,angin monsun tamat tempohnya kerana keselamatan kita juga menjadi aspek yang sangat penting dalam dunia memancing laut dalam.Bacaan pasang surut,air besar,air kecil juga perlu di titik beratkan dalam menentukan kejayaann kita dan bukan main bohh jer..

Setelah semua aspek telah kita penuhi maka turunlah memancing dengan semangatnya akan tetapi semuanya itu juga bergantung kepada ketentuan ALLAH dalam kejayaan trip kita..Berdoa dan terus berusaha demi mencapai matlamat yang kita harap2kan. INSYALLAH..

Sekian Wassalam

Rabu, 23 Disember 2009

FUNGSI DAN ASAS MATA KAIL.


 


Sebelum ini anda telah diperkenalkan tentang mengenal dan memilih serta jenis-jenis mesin pancing dan joran. Mudah-mudahan anda telah mendapat serba sedikit tip untuk membeli peralatan tersebut. Kali ini, kita akan mengenal serba sedikit tentang mata kail, fungsi dan asasnya. Dipasaran sekarang terdapat ribuan jenis mata pancing yang menunggu untuk digunakan olih pemancing. Malahan untuk satu jenama sahaja, ia mempunyai berbagai bentuk dan berbagai jenis mata kail malahan dilaporkan ada yang memiliki lebih kurang 14,000 ke 16,000 bentuk dan model. Ini belum ditambah dari jenama pengilang lain. Andai kita untuk membicarakan tentang mata kail ini mungkin seminggu pun tak selesai. Jadi mari kita fokuskan secara am sahaja. Untuk pengetahuan anda sebenarnya,ribuan mata kail yang dicipta adalah modifikasi dari hanya 5 jenis mata kail asas.


Untuk mengenali asas rekabentuk mata kail mari kita pelajari serbasedikit fungsi sebenar mata kail. Ia terbahagi kepada beberap bahagian seperti;



  1. Lubang / telinga ( eye )
  2. Teras (shank).
  3. Luyut ( bend ).
  4. Tusuk / tahap penembusan ( bite )
  5. Lembing ( spear )
  6. Jurang ( gap )
  7. Leher ( throut )
  8. Mata hujung ( point )
  9. Cangkuk ( barb )


1. MATA TIGA ( TREBLE HOOKS )


Mata kail jenis ini dari gabungan 3 mata kail dijadikan satu. Ia biasanya dipasang pada umpan tiruan seperti gewang, jig, popper dan sebagainya. Kelemahannya, ia mampu dikunyah olih rahang ikan yang kuat. Anda bolih mengujinya dengan melakukan demonstrasi seperti berikut,....letakkan mata mata 3 tersebut dipermukaan yang keras dan jatuhkan keatas sesuatu benda yang keras contohnya seperti buku atau benda yang berat. Anda harus berhati-hati melakukannya, jika tersilap teknik ia bolih mendatangkan kecederaan yang serius kepada anda. Walaupun ia agak rapuh tetapi ia bolih bertukar kepada pelbagai jenis kekuatan ekstra mata 3 seperti kekuatan 3x, 4x, 5x.


2. MATA DUA ( DOUBLE HOOKS )


Mata 2 juga biasanya digunakan untuk umpan tiruan seperti mata 3 tadi. Ia mempunyai 2 mata sahaja dan kelebihannya ia agak keras dan sukar untuk ikan yang mempunyai rahang yang kuat. Mata jenis ini kebanyakan hanya dijual di luar negara dan di Malaysia ini ia begitu sukar untuk diperolihi lantaran kurang sambutan.


3. MATA O'SHSUGHNESSY.

Mata jenis ini memiliki teras yang panjang tetapi berleher pendek, jurang yang rapat dan lembing yang pendek.Ia sangat sesuai digunakan untuk memerangkap ikan yang suka menggetu umpan ( ikan yang menggetu gemar mencuri umpan secara perlahan dengan mengigit sedikit demi sedikit umpan. Anda akan menyentap joran bila terasa getuan yang kuat dan kebiasaannya ikan akan terlepas. Anda hanya akan mengarau mata yang telah kosong. Namun begitu anda akan sentiasa merasa renggutan umpan dimakan ikan. Jika anda memancing ikan karang yang sederhana saiznya, eloklah anda menggunakan mata kail yang berteras halus kerana bila tersangkut ia mudah lurus dan senang membentuknya semula


4. MATA BIG GAME / TUNDAAN ( TROLLING )

Mata kail jenis ini mempunyai luyut yang lebar, leher yang panjang, tahap penembusan yang jauh dan jurang yang rapat.Ia diperbuat dari besi yang kuat dan tebal, sebab ita penembusannya lebih baik dan teguh dimana luyutnya dapat memberikan tusukan ketulang rahang dengan baik sekali. Ia amat sesuai digunakan untuk kedua-dua jenis umpan samaada umpan hidup, mati atau umpan tiruan contohnya untuk pancingan tundaan ( trolling ).


MATA LINGKAR ( CIRCLE HOOKS ).

Mata lingkar ini sesuai untuk digunakan bagi umpan yang asli dan sesuai untuk menjerat ikan yang gemar menyambar dan memecut lari atau yang menyambar, menelan dan memecut lari. Mata ini berbentuk hampir bulat dengan hujung matanya yang tajam melengkung kedalam. Ia tidak sesuai untuk jenis ikan yang makannya secara menggetu,juga tidak sesuai untuk pancingan tunda kecuali menggunakan umpan hidup atau mati. Mengikut kajian penggunaan mata jenis lingkar ini kadar sangkutannya adalah lebih 95%. Apabila ikan menyambar umpan dan melarikannya, perambut dan tali yang tegang akan membawa mata kail kesudut mulut atau tepi rahang ikan. Samaada umpan telah ditelan atau tidak, bahagian jurang mata kail ( gap ) akan tergelincir pada tulang rahang atau sudut mulut ikan. ketegangan yang meningkat akan memaksa mata kail tersangkut dengan baik dan sukar untuk melepaskan diri.

Mata lingkar ini juga amat sesuai untuk jenis ikan yang melompat atau mengelengkan kepala untuk membuang mata kail contohnya ikan siakap. Disamping itu ia juga mat sesuai untuk pancingan tangkap dan lepas kerana mata kail yang tersangkut hanya dirahang. Disamping itu ia juga sesuai untuk pancingan dasar ( bottom fishing ) berbatu.

Sebelum anda menggunakan mata lingkar ini, beberapa perkara perlu anda fahami dan praktikkan;
  1. Apabila ikan menyambar umpan JANGAN disentap joran anda, jika anda melakukannya juga alamat anda akan berputih mata ikan terlepas. Kerana dengan sentapan, mata kail akan terbuang keluar dari mulut ikan.
  2. Ketika mencangkuk umpan jangan ditutup bahagian jurang dan hujung mata, biarkan ia terdedah kerana bila ikan melarikan umpan secara sendirinya mata itu akan tergelincir dan melekat di rahang ikan.
  3. Untuk pancingan tangkap dan lepas mata lingkar ini tidak perlu diasah.
  4. Jika anda memancing ikan jenahak jangan anda mengunci tegangan mesin anda terlalu ketat, disamping itu anda jangan leka untuk memerhatikan joran anda. Jika tidak anda akan berputih mata jika joran anda terbang kedalam laut atau kolam pancingan bersama ikan tersebut.