Cara Ikan Makan Umpan.
Setiap specis ikan mempunyai cara tersendiri memakan umpan ,ada yang menyambar, ada juga yang mencuit atau meroteh , ada jenis ikan yang menghisap masuk umpan dan lain lain lagi. Mengenal cara ikan makan umpan adalah penting sekali dan ini akan membolehkan kita memilih mata kail yang sesuai untuk memacingnya. Cara-cara ikan memakan umpan adalah:
1. Menyambar
Jenis ikan menyambar adalah selalunya jenis ikan yang bergigi tajam atau jenis ikan "predator" yang akan makan umpan semasa bergerak, mau pun ikan itu sendiri yang bergerak atau umpan bergerak. Ini selalu berlaku semasa kita memancing dengan kaedah menunda (trolling), "casting", atau memancing dengan umpan hidup (live baiting) atau umpan tiruan. Beberapa jenis ikan yang berkelakuan begini adalah, Ikan Alu Alu, Haruan Tasik, Ikan Yu, Ikan Siakap, Tenggiri, Gerepoh atau GT dan lain lain lagi. Bagi ikan jenis ini saya mengsyurkan mata kail dari jenis "Tuna Hook" atau " Big game Hook" yang mana matanya menegak lurus kepangkal. Ini disebabkan apabila ikan tersebut menyambar pada umpan , mata kail akan terus mencankuk pada ikan tersebut. Jenis mata kail ini juga mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak akan melurus semasa hentakan. Kajian menunjukkan bahawa apabila ikan menyambar umpan, kekuatan hentakan adalah lebihkurang 10 kali berat badan ikan tersebut. Misalnya, sekira berat badan ikan itu adalah 10 kg maka kuasa atau berat hentakan adalah lebih dari 100 kg. Jadi bayangkan sekiranya mata kail itu tidak kuat atau bersesuaian maka ikan akan terlepas.
2. Ragut
Perkataan ragut bermakna jenis ikan yang memakan umpan yang tidak bergerak manakala ikan tersebut akan mengambil umpan dan melarikan diri.Ini selalu berlaku apabila kita memancing dasar (bottom fishing) atau mengambur (drift fishing) dimana kita mengunakan umpan yang mati.Kebanyakan ikan berkelakuan begini dan diantaranya adalah ikan Jenak, ikan Merah, Pari, Ebek dan bermacam macam lagi. Bagi jenis ikan ragut ini, mata pancing yang disyurkan adalah dari jenis kail yang matanya membengkok sedikit atau dari jenis kail yang dipanggil " circle hook". "Circle hook" adalah sejenis kail yang dicipta khusus untuk mengcakuk ikan hanya pada mulutnya.Walaubagaimana pun pengunaan kail jenis ini berbeza sedikit dari kail yang lain dimana kita tidak boleh menyetaknya. Apabila ikan menarik umpan hanya mengetatkan kekili dan menegangkan tali pancing sahaja. Kail jenis ini akan mengena secara tersendiri apabila ikan bergerak kehadapan dan oleh sebab kail ini mempunyai bengkok dimatanya maka, untuk ikan melepaskan diri adalah tidak mungkin sekali. Melalui pengalaman saya purata ikan yang tercangkuk adalah 99.9 % dengan penggunaan kail jenis ini. Kelebihan lain pada penggunaan kail jenis ini adalah ikan yang terkena kail ini dapat dilepas balik hidup hidup kerana ia akan hanya tersangkut pada mulut dan sekiranya kita hendak melepasnya kembali ia tidak akan mencederakan ikan tersebut.
3. Memagut (Nibblers)
Ikan yang makan secara memangut adalah dari ikan yang makan dan berada ditempat itu.Ikan jenis ini tidak bergerak semasa mememakan umpan mau pun umpan bergerak, oleh demikian amatlah susah untuk kail mengena ikan tersebut secara tersendirinya.Jenis ikan yang suka memangut adalah, ikan gelama, ikan duri dan anak anak ikan atau ikan yang kecil saiznya.Bagi ikan yang suka makan begini saya mengsyurkan kail yang jenis lurus atau mempunyai mata yang mendonggak ketepi (off set point). Disyurkan juga mata pancing yang digunakan janganlah terlalu bersar. Untuk mendapat ikan jenis ini kita perlulah cepat menyentaknya apabila dikesan ikan memakan umpan.
4. Menghisap (Sucking)
Terdapat juga ikan yang menghisap umpan kedalam mulutnya seperti ikan kerapu,gongbelang , pelata bali, dan banyak lagi , Ikan dari jenis ini ada yang mempunyai gigi tajam dan ada juga yang mempunyai isang yang tajam untuk memotong umpan selepas umpan masuk kemulutnya. Bagi ikan dari jenis ini saya menyurkan penggunaan kail yang mempunyai tangkal yang panjang .
Selepas kita memahami beberapa cara ikan makan umpan bolehlah kita memilih kail yang bersesuaian untuk kita pergi memancing dengan lebih konfiden lagi dan satu pesanan dari saya adalah kita harus mengamalkan konsep tangkap dan lepas pada ikan yang kecil dan ikan yang berlebihan. Ingatlah pada generasi dan anak cucu kita supaya mereka pun boleh memancing juga.
Tak berhasil bukan kerana gagal tapi hanya menunggu waktu yang tepat untuk mencuba lagi menjadi suatu keberhasilan....hanya orang gagal yang merasa dirinya selalu berhasil dan tak mau belajar dari kegagalan : nurkilan : AZMIN IB BERAHIM 363///
FISHING FOR LIFE
Khamis, 27 Mac 2014
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEMANCING
PANDUAN UNTUK SEMUA KAKI PANCING...
Salah satu kaedah usul fiqh: “Asal perkara itu mubah (harus)”
Bila kita ingin mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu perkara, timbanglah dengan neraca syarak.
Sekiranya memancing bukan adalah sumber rezeki kita, maka hukum memancing adalah harus. Namun ia boleh menjadi haram sekiranya kita meninggalkan suruhan dan mengerjakan larangan Allah. Perkara ini dengan mudah menjadi satu keburukan, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus. Contohnya adalah meninggalkan solat semata-mata kerana keseronokan memancing ikan.
Sekiranya memancing adalah sumber rezeki kita, maka ia menjadi wajib untuk kita untuk memancing. Ini kerana sekiranya kita tidak melaksanakannya, kita tidak dapat melaksanakan tuntutan-tuntutan wajib yang lain. Misalnya membeli pakaian untuk menutup aurat dan memberi nafkah kepada keluarga.
Jadi, perkara paling buruk boleh kita lakukan dalam aktiviti memancing ikan adalah melanggar batasan syarak, dan perkara paling baik dari aktiviti tersebut adalah ia mendekatkan kita kepada Allah.
Jadi, perkara2 berkaitan dengan memancing ikan yang masih terpelihara di dalam batasan syarak adalah kebaikan. Antaranya adalah;
- Melihat kebesaran kejadian ciptaan Allah S.W.T.
- Melatih kesabaran, tawakkal, syukur dan redha.
- Mempergunakan masa semasa memancing (sementara menunggu umpan di makan ikan) untuk memperbanyakkan zikir.
- Menghirup udara segar (sekiranya memancing di dalam hutan).
- Teruskan senarai ini.
Sebaliknya, memancing juga boleh mengundang banyak keburukan. Ukurannya adalah melampaui batasan syarak. Antaranya;
- Meninggalkan solat dan fardhu2 lainnya termasuk puasa.
- Meningkatkan vocabulary makian dan hamun (kerana tak dapat ikan)
- Tidak mempergunakan masa semasa memancing dengan sebaiknya, malah berangan-angan kosong yang tidak memberi apa-apa kebaikan.
- Ikan yang dipancing tidak di makan atau disedekahkan atau dihadiahkan. Mungkin hanya dibiarkan busuk – memancing hanya untuk mendapatkan keseronokan “lawanan tarikan ikan”.
- Teruskan senarai ini.
Buat SAHABAT, mudah-mudahan apa yg saya tulis ini dapat memberi sedikit gambaran tentang kebaikan dan keburukan memancing.
Sebenarnya, semua perkara dalam hidup kita perlu ditimbang dengan neraca syarak untuk membezakan kebaikan dengan keburukan sesuatu yang berkaitan dengan perkara tersebut. Apa yang melanggar batasan syarak adalah keburukan dan yang dalam batasan syarak adalah kebaikan.
Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk." Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk. Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).
Isnin, 24 Mac 2014
PENGALAMAN : KISAH PEMANCING TEGAR
Sebagai seorang pemancing yang tegar, diganggu makhluk ketika memancing dianggap sebagai satu pengalaman yang cukup mencabar. Ada juga yang sudah lali dengan gangguan tersebut. Kini ada yang terserempak dengan bunian.
Kegilaan kaki pancing terhadap hobi itu sudah lama diketahui. Mereka sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli peralatan memancing sahaja.Ada pula yang mengambil cuti selama berminggu-minggu semata-mata untuk mencari lubuk ikan.Namun, di sebalik semua itu, cerita-cerita misteri sering melingkari kaki-kaki pancing tegar ini. Jurnal minggu ini berkesempatan berbual-bual dengan beberapa kaki pancing mengenai kisah pelik yang pernah mereka alami.Salah seorang daripada mereka ialah kartunis terkenal Ibrahim Anon, atau Ujang, 45.
Penggemar ikan kelah dan sebarau ini berkata dia pernah terserempak dengan harimau, gajah dan hampir dipatuk ular semasa memancing di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
“Saya akan memancing di sana setiap tahun. Ngauman harimau sudah biasa didengar. “Jadi untuk mengelakkan daripada bertembung dengan haiwan pemakan daging itu, kami kumpulan pemancing bergerak perlahan-lahan ke tempat lain.
Harimau
“Pantang harimau ialah jangan diganggu,” kata Ujang yang kini mengusahakan perniagaan berbentuk penganjuran aktiviti memancing. Ceritanya lagi, tindakan yang sama juga dilakukan jika ternampak kelibat gajah. Menyentuh mengenai kejadian aneh, Ujang memberitahu dia tidak pernah mendengar suara misteri apatah lagi terserempak dengan bunian. UJANG hanya pernah terserempak kelibat gajah liar dan mendengar ngauman harimau.
“Mungkin itu perasaan kita sahaja. Paling penting niat kita adalah untuk memancing, bukan ada tujuan lain,” tegasnya yang hampir lemas dalam satu kejadian bot terbalik di Sungai Tembeling, Pahang tetapi mujurlah dia pandai berenang. Seorang lagi kaki pancing, Ku Ahmad Adzam Ku Saud, 33, yang berasal dari Alor Setar, Kedah, pernah berasa seperti ada orang menepuk bahu kanannya semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.
“Namun, apabila menoleh, tiada siapa di belakang saya. “Pada mulanya saya fikir itu hanyalah khayalan tetapi perkara itu berlaku berulang kali menyebabkan saya percaya ia perbuatan makhluk halus,” kata penggemar ikan sebarau dan toman ini.
Bicaranya lagi, kejadian itu menyebabkan dia ketakutan dan kembali ke khemah semula. Ku Ahmad demam selama beberapa hari selepas peristiwa itu. “Saya juga pernah melihat gadis bunian sedang mandi. Dia kelihatan seperti wanita biasa tetapi kulitnya lebih putih dan berwajah cantik. “Saya cuma nampak muka dan tapak tangannya. Tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan saya terpikat,” katanya tersenyum. Bagi Mohd. Suhaimi Abdul Karim, 29, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, dia hampir lemas selepas bot yang dinaiki bersama rakan karam semasa memancing di Pulau Sembilan, Perak.
Kejadian itu berlaku lima tahun lepas.“Bayangkan pada masa itu saya dan tujuh orang rakan lain tidak memakai jaket keselamatan. “Kami hanya berpaut pada badan bot tersebut dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi sebelum diselamatkan. “Selepas peristiwa itu, saya tidak lagi pergi memancing di laut,” katanya yang memberitahu bot tersebut bocor sebelum tenggelam.
Langsuir
Suhaimi juga mendakwa ternampak hantu langsuir semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan. “Ketika itu saya dan rakan-rakan berkhemah di hutan. Kami tidak nyenyak tidur kerana mendengar bunyi bising yang berulang kali. “Namun, akhirnya mereka tertidur juga kerana terlalu penat kecuali saya.
“Saya sebaliknya keluar dari khemah untuk mencari arah bunyi tersebut. “Sebaik sahaja dijumpai, saya terkejut kerana rupa-rupanya ada hantu langsuir sedang mengilai di atas sebatang pokok,” ceritanya. Katanya lagi, hantu itu memakai pakaian putih, berambut panjang, matanya merah manakala giginya tajam. “Akibat kejadian itu, saya demam panas selama beberapa hari,” ujarnya.
Mohd. Hanipah Wahi, 47, dari Sepang, Selangor pula menceritakan pengalamannya memancing di sebuah jeti lama di Bagan Datoh, Perak pada awal tahun 1990-an. “Saya ke sana kerana rakan mengatakan kawasan itu terdapat banyak ikan. Jadi saya pergi seorang diri dengan menyewa sebuah bot. “Hasil tangkapan cukup banyak tetapi apabila bercakap dengan orang kampung, mereka kata mereka tidak berani memancing atau menangkap ikan di situ kerana sering terserempak dengan hantu sungai,” katanya.

MEMANCING MUSIM SEKOLAH
MERSING 10 Jun - Setiap kali musim cuti persekolahan, golongan yang paling gembira ialah pelajar. Ini kerana boleh 'melupakan' seketika kerja rumah dan tugas mengulang kaji pelajaran seperti yang sering dilakukan setiap hari persekolahan. Bagi mengisi waktu pada cuti sekolah, biasanya anak-anak memenuhi hobi mereka bersama rakan-rakan. Jika pada zaman ini permainan komputer menjadi pilihan ramai, namun bagi pelajar di kawasan luar bandar dan kampung-kampung, hobi seperti memancing ikan sering mengisi masa terluang pada musim cuti persekolahan. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kawasan Mersing baru-baru ini mendapati, beberapa pelajar mengisi masa terluang cuti sekolah dengan memancing ikan bersama rakan-rakan.
Seorang pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah (SM) Ungku Husin, Endau, Muhd. Izzat Fakhri Abd. Jalal mengakui, dia menghabiskan masa cutinya dengan memenuhi hobi memancing bersama rakan-rakan. ''Saya berasa seronok apabila memancing kerana ia dapat melepaskan tekanan belajar," katanya. Muhd. Izzat yang tinggal di Kampung Sungai Mengkuang di sini memberitahu, cuti kali ini digunakannya untuk berehat setelah penat mengulang kali pelajaran bagi menghadapi peperiksaan setengah tahun yang baru selesai. "Tidak salah jika saya keluar memancing untuk meredakan tekanan," katanya sambil memberitahu bahwa dia dan rakan-rakannya sering memancing di Sungai Teriang Besar, Endau. Tempat itu dikenali ramai kerana menjadi tumpuan kaki pancing ekoran didakwa mempunyai banyak ikan.
Muhd. Syamsul Azmi Adam, 13, pula berkata, dia juga gemar memancing dan sering datang ke situ bersama rakan-rakannya untuk mencuba nasib mendapatkan ikan.
Pelajar Tingkatan 1 SM Ungku Husin itu memberitahu, sering membawa pulang hasil tangkapan yang memuaskan seperti ikan duri, sembilang dan gelama untuk keluarganya.
Seorang lagi rakannya,
Mohd. Shahril Aziz, 13, dari Kampung Sungai Bebuta, Endau pula menjelaskan aktiviti memancing tidak harus disalah tafsir sebagai membuang masa.
''Jika memancing sekadar membuang masa, mengapa perlu diadakan pertandingan memancing yang menyediakan hadiah lumayan seperti wang tunai ribuan ringgit," katanya.
Menurut pelajar tingkatan 1 di sekolah yang sama itu, ramai kaki pancing mendapat ilham dan ketenangan ketika melakukan aktiviti berkenaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm#ixzz2wrKHAV73
© Utusan Melayu (M) Bhd
CUTI SEKOLAH DATANG LAGI.....
Cuti sekolah datang lagi. Mana lebih baik jika anda suami isteri bekerja? Hantar anak ke nurseri atau tinggalkan dia di rumah bersama pembantu rumah atau tinggalkan di kampung untuk dijaga oleh nenek atau datuk? Tidak tahu mana satu yang ingin dipilih? Ketahuilah pro dan kontranya.
Nurseri
Kebaikan:
- Masa anak-anak pasti terisi dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama rakan sebaya.
- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih sistematik di bawah tunjuk ajar guru yang bertauliah.
- Keselamatan anak terjamin kerana mereka dikawal rapi pengasuh terlatih.
- Anak-anak lebih berdisiplin kerana jadual harian mereka telah diaturkan.
Keburukan:
- Anak akan rasa bosan kerana masih perlu ke nurseri setiap hari walaupun waktu cuti sekolah.
- Mudah diserang penyakit biasa kanak-kanak seperti selesema, batuk dan demam.
- Anak-anak akan mudah terpengaruh dengan perangai buruk rakan sebaya.
- Anak mungkin akan rasa sedikit tertekan kerana tidak semua rakannya datang ke nurseri ketika cuti sekolah.
Di rumah bersama pembantu rumah
Kebaikan:
- Anda tidak perlu tergesa-gesa keluar rumah awal untuk ke tempat kerja kerana tidak menghantar anak ke nurseri.
- Anak juga tidak perlu bangun awal untuk ke nurseri.
- Kesihatan anak akan lebih terjamin kerana dia tidak terdedah kepada persekitaran yang tidak menentu.
- Anak anda akan dapat perhatian khusus daripada pembantu kerana tidak perlu berkongsi dengan kanak-kanak lain seperti yang berlaku di nurseri.
Keburukan:
- Anak pasti akan rasa bosan kerana tidak ada aktiviti tertentu yang dapat mereka lakukan.
- Mereka juga mungkin rasa terkongkong kerana tidak dapat keluar rumah.
- Biasanya, masa mereka akan dipenuhi dengan hanya menonton televisyen atau bermain permainan video.
- Dia juga berpotensi menjadi seorang pemarah atau ‘moody’ kerana tidak suka tinggal di rumah tanpa kawan-kawan untuk bermain.
- Dikhuatiri anak didera oleh pembantu rumah.
Tinggal di kampung
Kebaikan:
- Anak tidak akan rasa bosan kerana banyak aktiviti baru dapat dilakukannya.
- Anak dapat belajar gaya hidup masyarakat kampung.
- Anak belajar berdikari kerana berjauhan dengan ibu bapa.
Keburukan:
- Dikhuatiri kehadiran akan menyusahkan datuk dan nenek di kampung.
- Keadaan persekitaran kampung yang agak luas menyukarkan datuk dan nenek mengawasi mereka sepanjang masa.
- Anak akan berbuat sesuka hati kerana tahu datuk dan nenek tidak akan memarahi mereka.
Khamis, 13 Mac 2014
JEMPUTAN USAHAWAN KE PROGRAM KONGRESS USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA
Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/Puan,
JEMPUTAN USAHAWAN KE PROGRAM KONGRESS USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB) dengan kerjsama Bahagian Pembangunan Keusahawanan (BPU), MITI akan melaksanakan Kongress Usahawan Muda Bumiputera. Program ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2014 (Khamis):
Tempat : MATRADE Exhibition and Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur
Tarikh : 27 - 29 Mac 2014.
3. Dengan tema 'Ekonomi Satukan Kita', program ini diadakan dengan objektif untuk mengukuhkan pembangunan kapasiti usahawan muda, selaras dengan dasar kerajaan dalam memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera. Sehubungan dengan ini, SME Corp. Malaysia bagi pihak MITI ingin menjemput Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/Puan bagi menghadiri program tersebut.
4. Antara pengisian program yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan muda adalah penghasilan Roadmap usahawan muda, pengumuman program Quick Win tajaan Kementerian/Agensi, Showcase dan Pameran serta majlis makan malam bersama YB Menteri MITI. Program Quick Win adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada usahawan muda mengenai program-program kerajaan yang boleh membantu usahawan secara langsung dalam pembangunan perniagaan.
5. Sokongan dan kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan makluman kehadiran selewat-lewatnya 14 Mac 2014 (Jumaat). Emailkan kepada En. Ahmad Syamlie (syamlie@smecorp.gov.my) dan Puan Nur Faruziela Pauzi (nurfaruziela@smecorp.gov.my). Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Ahmad Syamlie di talian 03-2775 6077 dan Puan Nur Faruziela di talian 03-2775 6084.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
(DATO' HAJI ABDUL GHAFFAR MUSA)
Pengarah Kanan Pembangunan Keusahawanan
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

ANTARA MAKAN GAJI DAN MEJADI USAHAWAN
Semua Orang Boleh Menjadi Usahawan
Saya sentiasa berpendapat sesiapa saja boleh jadi usahawan. Tidak kira apa latar belakang bidang pengajian anda, anda boleh jadi usahawan. Tidak kira anda dari bidang apa, anda boleh jadi usahawan.
Mungkin ada terfikir kalau semua orang jadi usahawan, siapa pula akan makan gaji.
Jika kita lihat hari ini, lebih ramai pelajar universiti memilih untuk bekerja makan gaji. Saya jangka lebih kurang 90% daripada pelajar dan graduan universiti memilih untuk bekerja makan gaji. Dengan kata lain, lebih kurang hanya 10% yang memilih untuk menjadi usahawan.
Kita juga lihat realiti hari ini, isu pengangguran antara isu yang hangat diperkatakan. Masih ramai yang tidak mendapat pekerjaan. Mana tidaknya, terlalu ramai yang memilih untuk bekerja makan gaji. Oleh itu, soalan di atas tadi perlu ditukar,
Kalau semua orang makan gaji, siapa yang nak jadi usahawan?
Bagi saya, jika semakin ramai yang memilih untuk menjadi usahawan, sudah pastinya lebih banyak peluang pekerjaan boleh dibuka. Ini dapat mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia.
Risiko Ada Di Mana-Mana
Saya pernah ditanya oleh seorang rakan, apa perancangan saya selepas tamat belajar. Saya menjawab, saya ingin menjalankan perniagaan. Kemudian beliau bertanya, “Kau tahu tak yang bisnes tu berisiko?”
Risiko. Percayalah risiko itu ada di mana-mana. Sama ada bekerja makan gaji, berniaga atau menganggur, semua itu ada risikonya. Bukan hanya menjalankan perniagaan sahaja ada risikonya, perkara lain turut ada risikonya.
Contohnya, jika kita kerja makan gaji, firma tempat kita bekerja itu juga menjalankan perniagaannya. Sudah pasti mereka juga bakal hadapi risiko. Malah bekerja apa pun, ada risikonya.
Risiko boleh diatasi atau dikurangkan dengan adanya ilmu. Sebab itulah betapa pentingnya kita mempunyai ilmu tidak kira apa jua yang ingin kit lakukan terutama jika kita berhasrat menjadi seorang ushawan. Belajar dan terus belajar. Ilmu dapat mwngurangkan risiko.
Di Mana Kemahuan, Di Situ Ada Jalan. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih
Seperti yang saya tulis diawal post ini, ramai yang menolak untuk menjadi usahawan dengan pelbagai alasan. Alasan-alasan yang diberikan sebenarnya boleh diatasi. Apa yang penting, kita ada keinginan. Untuk menjadi usahawan, kita perlu ada ilmu.
Belajarlah untuk menjadi usahawan, berfikirlah sebagai seorang usahawan. Saya percaya, kita semua boleh atasi halangan-halangan yang timul dalam dunia perniagaan. Apa yang penting, kuatkan semangat untuk menjadi seorang usahawan.
Namun, belajar tanpa sebarang tindakan tiada gunanya. Contohnya, kita membaca berpuluh-puluh buku keusahawanan dan perniagaan, namun tiada tindakan dibuat. Maksud saya di sini, ilmu sudah ada, namun ia tidak dilengkapkan dengan tindakan memulakan perniagaan hari ini juga.
Sebagai seorang pelajar, sezeorang itu masih boleh menjalankan perniagaan secara sambilan. Bagaimana caranya? Berfikirlah sebagai seorang usahawan… Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menjalankan perniagaan sambil belajar adalah dengan berniaga melalui internet.
Sekiranya kita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya, tetapi kita tidak memulakan langkah pertama hari ini, kita tidak akan berjaya buat selamanya-lamaynya.
Saya pernah ditanya, kalau saya mahu menjadi usahawan, mengapa saya tidak ambil kursus bidang perniagaan di universiti. Satu realiti yang perlu kita terima, bukan semua usahawan yang ada di muka bumi ini mempunyai kelulusan akademik dalam bisang perniagaan.
Ada saja usahawan yang lahir bukan dari lulusan bidang perniagaan universiti. Malah, ada juga yang tiada kelulusan universiti. Bahkan, bukan semua graduan berkelulusan bidang perniagaan universiti menjadi usahawan.
Pandangan saya, apa jua bidang boleh diniagakan. Sekali lagi, kita harus berfikir sebagai seorang usahawan. Fikir bagaimana menjadi bidang kepakaran kita sebagai suatu perniagaan.
Saya ingin mengajak para pembaca semua, marilah ramai-ramai kita berniaga. Jom jadi usahawan. Banyak kelebihannya jika kita terlibat dalam dunia perniagaan.
Walau bagaimanapun, kerja makan gaji juga pekerjan yang mulia di sisi agama, selagi mana ia bertepatan dengan agama. Ramai mereka yang bekerja makan gaji yang banyak memberi sumbangan kepada agama dan negara. Terpulang pada diri sendiri, pilihan di tangan kita.
Namun, tidak salah juga jika kita bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan. Walau apa jua pekerjaan yang kita lakukan, pastikan kita suka melakukannya. Jangan pula kita bekerja atau melakukan sesuautu itu kerana terpaksa. Barulah hidup ini bahagia.
SOKONG USAHAWAN KEDAI PANCING BUMIPUTERA / MELAYU
Salam kepada semua. Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang kewujudan kedai pancing milik Bumiputera yang ke-2 bertapak di Kuala Lumpur setelah sekian lama (selepas kedai pancing di Kolesium, Jalan TAR). Kini ia masih gagah bertahan sehingga kini hampir lebih 15 tahun. Ianya milik Abg Atan dan terletak di Bandar Tun Razak. Berikut sedikit maklumat mengenai kedai tersebut :
Kedai : Joran Bara (AO Enterprise)-Di atas kedai runcit merupakan milik Abg Atan juga.
Lokasi : No 64, Blok 5, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur (sebaris 7 eleven, di antara kedai motorsikal dan Klinik Rosman)
Masa Operasi : 9pagi hingga 7malam (kalau nak datang lewat telefon dulu)
Telefon : 012-3863074 (Abg Atan)
FB : http://www.facebook.com/pages/Joran-Bara/127042287362160
jemput datang dan bersembang..Insyaallah kami akan melayan kedatangan anda...saya turut membantu Abg Atan menguruskan kedai ini. jangan risau tentang harga kerana tawar menawar masih dibenarkan. Bersamalah kita menyokong perniagaan Bumiputera kita.

Rabu, 12 Mac 2014
TRIP MANCING...KARANG PORT TERBAIK...
TEKONG :AH ENG...TELUK BAHANG
KOS : RM+-450 SORANG.
TARGET :SAPA MENANG SAPA KALAH
Dapat: mabok free
Lubuk dan harga Trip 3h2m:
TUKUN PERAK RM 5000. paras laut dalam maksimun 70-150 meter
KAPAI JUDI RM 4000 paras laut dalam maksimun 70-130 meter
KAPAI BESAR RM 3500 paras laut dalam maksimun 70-120 meter
Makanan
- Menu utama (ikan, daging, ayam) akan disediakan oleh Kapt
- Buah (epal, lai, pisang & tembikai)
- Maggi 2 bungkus (sedap – ayam goreng bawang)
- Roti 2 bungkus besar( kaya & jem )
- Kacang, mamee & double dacker , kuaci matahari
- Nugget & sosej
- telur ayam 12-20
- cili sos lingam dan life
Minuman
- air mineral (2 karton)
- air gas (10 botol)
- air kotak- pack besar - teh bunga 3 kotak , mango 2 kotak
- kopi uncang 2 pack - ali cafe
Umpan
- kembong (5kg)
- borek (6kg)
- anak tongkol ( 10-15 ekor)
- udang lipan (30 ekor)
Peralatan
- apollo (size 12 ) - STANBY 5-6 PACK dan saiz utk tongkol
- candat sotong saiz 4-5 cm(brand yamashita )
- batu ladung (16, 24 & 32)
- mata kail ( 17, 19 & 24@ 2, 3,4& 6)
-perambut (50, 70, 90 & 100 ilb)
- jaket & baju hujan
-first aid box
Sedikit maklumat tentang memancing di Pulau Pinang ...
Detail trip dan lubuk:
10pgi - sampai ke jeti, makan dan punggah barang
12tgh - Bertolak dari jeti ke unjam/tuas, lubuk pertama - apollo dan bottom . (hanya akan ke kapai taiwan jika khabar tenggiri ada)
1-5 ptg - selepas jelajah beberapa unjam dan umpan mencukupi, maka terus ke lubuk utama, kapai besar
5-7pg - pancingan bottom, casting, jig dan popping - sasaran jenahak, siakap merah, kerapu, tenggiri, Gt dll.
7pagi-9 – cari umpan fresh kat unjam untuk malam lak…dan meeting lain lak kalu2 nak ke lubuk lain lak…
Lubuk utama: Kapai besar
Rekod hasil di lubuk: jenahak, siakap merah, tenggiri Gt dan pebagai ikan-ikan bottom/pelagik (3h2mlm)
Kedalaman- 60-100 meter, jika batu ladung kecil boleh sampai 140 meter.
Jauh perjalanan 3-4 jam.
kawsan berkarang dipenuhi kapai besar dan karang yang efektif. sangat baik utk bottom, jigging, casting dan popping. Bottom perlukan umpan fresh(borek, sotong) baru ikan makan. Umpan mati kuraang. jadi kena apollo habis-habisan. Unjam ada di sekitar 4-5 unjam pada kedudukan 1-2 jam ke lubuk.
Lubuk 2 yang nak di cadangkan : Karang mangkuk
Rekod hasil di lubuk: 50 ekor jenahak dan pebagai ikan-ikan bottom/pelagik (3h2mlm)
Kedalaman- 60-90 meter, jika batu ladung kecil boleh sampai 120 meter.
Jauh perjalanan 2-3 jam.
kawsan berkarang dipenuhi lubang besar yang efektif. sangat baik utk bottom. Cuma perlukan umpan fresh baru ikan makan. Umpan mati sorri. jadi kena apollo habis-habisan. Unjam ada di sekitar 4-5 unjam pada kedudukan 10-20 minit ke lubuk.
Utk bottom:
1 rod sederhana keras
1 reel/rod jigging - ringan shj
1 reel bottom, manual atau bangla (akalu kaki ada 6-8 org boleh pancing 2 reel bottom, so please standby)
Tanduk jenis plastik atau besi panjang, tak mahu jenis besi yg berlubang.
batu ladung 24-32 (bottom) 12-16 (apollo), sediakan dlm 7 ketui utk saiz 24-32
Light jig (esp. luminous jig - surecatch powerjig, williamsom achovy, alien jigging master dll)
Perambut 60-80lb 3 depa, belakang 4 depa
yamashita utk umpan sotong
Mata kail bottom saiz 3 shj, 19 utk Daichi
bangla: soket tersedia kat bot. Tak payah bawak bateri.
Apollo bawak secukupnya semua diwajubkan apollo utk pastikan umpan segar unjam tak habis, selalu bila ikan banyak umpan habis awal.

PENGALAMAN MEMANCING BERSAMA TEAM PEMUDA UMNO BHG GOMBAK
Santai Pemuda Gombak di Kelong Fauzi, Lukut...
Terlupa pulak aku nak cerita pasal pengembaraan grup pemuda ni di Kelong Fauzi, Lukut. Dok tengok gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan aku, terselak pulak album ni...![]() |
| Menunggu nama disebut untuk hadiah cabutan bertuah... |
![]() |
| Ni dia kelong fauzi di Lukut. Memang best... |
![]() |
| Logo trip memancing kali ni. |
![]() |
| Juara pancing untuk trip pertama ni dengan tangkapan ikan semilang seberat 1.2 kilo. |
![]() |
| Naib juara. Dengan tangkapan ikan daun baru seberat 600 gram. Perambut pun suruh orang lain pasang. |
![]() |
| Inilah hasil tangkapan pemancing-pemancing yang kononnya tegar... hehehe |
Apa pun, aku tetap suka memancing di kelong ni. Walaupun hasil tangkapan tidak berapa, kelong ni tetap menjadi pilihan aku kalau aku nak pi memancing lagi.
MH370: Umat Islam seluruh negara diminta terus solat sunat hajat
Umat Islam di seluruh negara diminta terus mengadakan solat sunat hajat bagi memohon dipermudahkan Allah segala urusan mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata dalam menghadapi suasana getir sedemikian, umat Islam dilihat mengetepikan perbezaan fahaman politik untuk terus mendoakan kesejahteraan penumpang dan krew pesawat berkenaan.
"Sejak mula kes itu, pelbagai pihak mengadakan solat hajat sehingga ke hari ini. Terima kasih kerana berterusan melakukannya tanpa mengira soal parti demi MH370," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam di sini, hari ini.
Sebelum ini, Jamil Khir berkata semua masjid di seluruh negara digalakkan mengadakan solat sunat hajat untuk mendoakan agar pesawat MAS itu dijumpai.
DI PUTRAJAYA, kira-kira 1,500 anggota Pergerakan Wanita Umno dari seluruh negara menunaikan solat sunat hajat di Masjid Putra di sini untuk mendoakan misi pencarian MH370 dipermudahkan Allah.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata: "Saya sudah minta semua anggota Wanita Umno di 191 bahagian dan 19,000 cawangan untuk mengadakan solat hajat. Mereka menyambut baik dan sudah mula melakukannya."
"Rakan-rakan saya dalam Wanita BN juga akan menggerakkan persatuan-persatuan mereka seperti Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain supaya melakukan sembahyang dan berdoa mengikut agama masing-masing," katanya.
Di KUANTAN, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyeru kira-kira lapan juta anggotanya yang beragama Islam agar mengadakan solat hajat untuk mendoakan keselamatan dan usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, solat hajat itu juga diadakan sebagai tanda simpati dan sokongan terhadap anggota keluarga para penumpang pesawat itu yang masih tidak diketahui nasib mereka sehingga kini.
"Sudah pasti kita mengharapkan pesawat itu bersama penumpang dan anak kapal ditemui semula dalam keadaan selamat," katanya selepas merasmikan Persidangan Angkasa Peringkat negeri di sini, hari ini.
Di GEORGETOWN, pegawai dan anggota Polis Pulau Pinang yang beragama Islam mengadakan solat sunat hajat sementara mereka yang berugama Buddha, Hindu dan Kristian mengadakan sembahyang khas supaya usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang itu dipermudahkan.
Solat sunat hajat telah diadakan di Dewan Utama Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang pada 1.30 tengah hari tadi, sementara sembahyang khas penganut Buddha diadakan di Mahindrama Buddhist Temple, Jalan Kampar, pada pukul 10 pagi tadi.
Pegawai dan anggota beragama Hindu pula akan mengadakan sembahyang khas itu di Sevan Temple, Jalan Datuk Keramat pada pukul 7.30 petang ini dan penganut Kristian di Gereja St. George, Lebuh Farquhar pada pukul 10 malam.
Selain itu, enam kelab motosikal berkuasa tinggi di sekitar negeri ini turut mengadakan solat sunat hajat malam semalam ,iaitu Kelab Motosikal Utara (UB) Kelab Motosikal Sehati Sejiwa (SS), Kelab Motosikal Ducati Pulau Pinang (PDC) Kelab Pemilik Motosikal GTR Wilayah Utara (GTROCN Kelab Motosikal Butterworth (BBC) dan Northern Versys Owner Group (NVOG)

Langgan:
Catatan (Atom)